Kolej Teknologi Timur (KTT) ditubuhkan pada tahun 1997 yang memulakan operasi di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Pada tahun 2000, Pihak KTT telah berpindah di Kampus Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.
KTT Sepang merupakan salah sebuah kolej bumiputera yang terus mencapai kecemerlangan dari segi akademik dikalangan para pelajar mahupun aktiviti kokurikulum serta khidmat masyarakat.
Kedudukan KTT yang strategik dan terhindar dari kesibukkan ibu kota dan kesesakkan lalu lintas menjadikan KTT tempat yang dinamik untuk para pelajar fokus dalam pelajaran. Antara lokasi-lokasi yang berhampiran dengan KTT adalah Bandar Baru Nilai, KLIA/KLIA2, Sepang F1 Circuit, Putrajaya/Cyberjaya, Dengkil, Banting, Bangi dan kawasan sekitar Lembah Klang.
Berikut antara program Diploma yang ditawarkan:
1. Diploma Pendidikan Awal & Penjagaan Kanak-Kanak
2. Diploma Teknologi Maklumat
3. Diploma Pengurusan Perniagaan
4. Diploma Kewangan & Perbankan
5. Diploma Keusahawanan
Sila isi permohonan segara di sini : http://goo.gl/forms/TJ4w0cLY6k
No comments:
Post a Comment